Troli Pembelian

Troli Anda


Pesanan : 0
Jumlah : RM 0.00

Carian Buku

Hubungi Kami

Penerbitan Ideakreatif

No. 77-G, Blok E,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Tel :

03-87349793

WhatsApp :

012-3129793

Fax :

03-87349793

Emel :

info.ideakreatif@gmail.com
(Pertanyaan)
langganan.ideakreatif@gmail.com
(Langganan)

Web :

http://www.ideakreatif.net


Butiran Buku


 

 

JANGAN PADAM RINDU

Penulis : RINA FARIZQ
Penerbit : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-2137-17-7
Tahun : 2018

 

Harga: RM 27.00 / 30.00

 


Sumpahan apakah ini? Kenapa lamaran yang datang bukan dari seseorang yang kacak macam Chace Crawford? Atau setidak-tidaknya daripada lelaki yang masih bertenaga. Ellina tidak mahu kahwin dengan Tuan Haji yang tua. “Kahwinlah dengan ibu saya. Tuan haji dengan ibu saya lagi sesuai.” – Ellina “Ellina, I want to marry you, not your mom.” – Tuan Haji Mujur ada aplikasi WhatsApp yang menghubungkan mereka berdua untuk berkomunikasi tanpa perlu bertentang mata. Kalau tidak, mahu muntah hijau dia bercakap secara berdepan. Tapi sebaik-baik perancangan manusia, baik lagi perancangan dariNYA. Tanpa rela, Ellina terpaksa juga terima pinangan tersebut. Tapi di hari pertunangan, bukan Tuan Haji tua yang muncul. Sebaliknya lelaki muda yang telah merobek hatinya di masa lalu. “Bagi saya masa tiga bulan untuk menawan hati awak semula.” – Akid Fauzan Jangan harap! Ellina benci lelaki itu. “Lapan huruf. Tiga perkataan. Dan satu makna. Teka, apa dia?” – Akid Fauzan “I hate you!” – Ellina “I miss you!” – Akid Fauzan Mulut berkata benci. Tapi Ellina tidak dapat membohongi diri yang sebenarnya dia juga merindui lelaki itu. Tidak perlu tiga bulan, tiga hari saja Ellina sudah kalah. Hati Ellina berjaya ditawan semula oleh Fauzan. Mereka bahagia tapi kebahagiaan yang baru saja bersulam itu telah tercalar bila rahsia yang Fauzan simpan terbongkar. Mampukah Fauzan meyakinkan Ellina? Dapatkah mereka menyimpan rasa rindu dan cinta selama-lamanya?