Troli Pembelian

Troli Anda


Pesanan : 0
Jumlah : RM 0.00

Carian Buku

Hubungi Kami

Penerbitan Ideakreatif

No. 77-G, Blok E,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Tel :

03-87349793

WhatsApp :

012-3129793

Fax :

03-87349793

Emel :

info.ideakreatif@gmail.com
(Pertanyaan)
langganan.ideakreatif@gmail.com
(Langganan)

Web :

http://www.ideakreatif.net


Butiran Buku


 

 

LAYAKKAH AKU MENCINTAIMU

Penulis : NANI YUHANNA
Penerbit : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-2137-30-6
Tahun : 2018

 

Harga: RM 25.00 / 28.00

 


Kerja apa saja asalkan halal, itu prinsip Nur Ainuha. Atas sebab itu, dia tak kisah menjadi pembantu rumah. Cuma yang dia kisah apabila hati terjatuh suka pada Tuan Dariss, si tuan rumah yang tak pernah memandang dirinya. Kemunculan Ammara dalam hidup Tuan Dariss mula memporak-perandakan perasaan Ainuha yang selama ini ditayang tenang. Kemesraan Tuan Dariss dan Ammara merobek hati Ainuha. Di saat Ainuha mula belajar menerima hakikat yang cinta Tuan Dariss bukanlah miliknya, lelaki itu pula telah meranapkan masa depannya dengan kejam. Kata Tuan Dariss, dia tak sedar tapi dia sanggup bertanggungjawab. Dan Ainuha akur, mereka sebenarnya mangsa keadaan. Lantas, terjadilah sebuah perkahwinan tanpa cinta. Perkahwinan secara sembunyi-sembunyi. Hakikatnya, Ainuha isteri Tuan Dariss. Tapi di pandangan orang lain di rumah itu, Ainuha hanyalah orang gaji. Jalan hidup mereka penuh gelora, sama seperti dada Tuan Dariss yang sentiasa bergelora saat berduaan dengan Ainuha. “Saya lelaki, Nuha. Apatah lagi, awak tu halal untuk saya?” – Dariss Kenyataan Tuan Dariss menoreh sekeping hati Ainuha. Patutnya dia sedar diri sejak awal yang dia tak pernah layak untuk berdampingan dengan Tuan Dariss. “Saya janji saya tak akan tuntut apa-apa. Lepaskan saya dan Tuan takkan terbeban lagi dengan ikatan ni.” - Ainuha. Nekadnya keputusan Ainuha berjaya membuatkan dunia Tuan Dariss berhenti berputar. Sanggupkah dia tunaikan permintaan tersebut sedangkan hati sudah lama terusik dengan kehadiran Ainuha?