Troli Pembelian

Troli Anda


Pesanan : 0
Jumlah : RM 0.00

Carian Buku

Hubungi Kami

Penerbitan Ideakreatif

No. 77-G, Blok E,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Tel :

03-87349793

WhatsApp :

012-3129793

Fax :

03-87349793

Emel :

info.ideakreatif@gmail.com
(Pertanyaan)
langganan.ideakreatif@gmail.com
(Langganan)

Web :

http://www.ideakreatif.net


Butiran Buku


 

 

KIRIMKAN RINDU

Penulis : HANI FAZUHA
Penerbit : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-2137-42-9
Tahun : 2019

 

Harga: RM 30.00 / 33.00

(Limited Edition)

 


Bertahun bercinta dan bertunang dengan Hadi, tiba-tiba dia perlu menjadi isteri Tuan Assad. Musibah apakah ini? Tapi demi diri sendiri, Khayra harus akur. “Today is a day to remember, K.” Tuan Assad Bermula pada hari dia rasmi sebagai isteri, tiada jalan lagi untuk kembali pada Hadi. Namun, banyak persoalan yang timbul. Siapa sebenarnya Tuan Assad? Kenapa lelaki itu berkeras mahukan dia sebagai isteri? Dan kenapa pula hubungan mereka perlu dirahsiakan? “You tak nak jumpa keluarga I?” Aku ajukan soalan dan tanpa diduga, Tuan Assad geleng kepala. Maknanya, TAK MAHU! Telus sungguh jawapannya. Tak bolehkah dia berbohong memberi alasan untuk tidak melukakan? Yang paling Khayra tak faham ialah hati sendiri. Dia bebas untuk pergi jauh dari Tuan Assad tetapi peliknya, dia tetap di situ. “Lelaki spesies Tuan Assad ni, sangat rare. Kalau kau lepas dia, kau rugi” – Wana “Masalahnya bukan aku, tapi dia yang akan lepaskan aku bila-bila yang dia suka. Sebabnya, dia dah ada Suri.” – Khayra. Siapa sebenarnya Maisuri yang disebut sebagai ‘suri hati’ Tuan Assad? Perkahwinan ini, bukan kerana cinta. Tapi benarkah Khayra adalah mangsa untuk melampias sebuah dendam antara dua keluarga?