Troli Pembelian

Troli Anda


Pesanan : 0
Jumlah : RM 0.00

Carian Buku

Hubungi Kami

Penerbitan Ideakreatif

No. 77-G, Blok E,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Tel :

03-87349793

WhatsApp :

012-3129793

Fax :

03-87349793

Emel :

info.ideakreatif@gmail.com
(Pertanyaan)
langganan.ideakreatif@gmail.com
(Langganan)

Web :

http://www.ideakreatif.net


Butiran Buku


 

 

DANDELION DITIUP ANGIN (EDISI TERBIT SEMULA)

Penulis : AIDAH BAKRI
Penerbit : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-2137-58-0
Tahun : 2019

 

Harga: RM 26.00 / 29.00

 


Sembilan tahun berlalu. Dini yang dulunya naif, yang dianggap seperti dandelion yang rapuh oleh Harraz Rifqi, kini sudah bergelar Doktor Nurin Ardini. Kembalinya Dini ke bumi Malaysia bukan untuk merubah sejarah yang terlakar. Tapi pertemuan semula dengan Rifqi, mengingatkan dia pada sejarah lama. Sejarah luka yang amat menyakitkan. “Awak fitnah saya sampai saya terpaksa bernikah dengan awak. Kemudian, awak perkosa saya.” - Dini “Perkosa? Awak sudah menjadi isteri saya waktu tu.” - Rifqi. “Saya tidak rela diperlakukan begitu. Perkosa istilahnya walaupun halal.” - Dini “Awak nak saya buat apa lagi supaya awak boleh maafkan saya?”- Rifqi Walau luka yang telah dia jahit dengan benag-benang bahagia sudah terkoyak kembali, Dini akur untuk kembali sebumbung dengan lelaki itu demi umi. Demi wanita yang telah menganggap dia sebagai anak sendiri. “Sekali lagi saya dengar awak ungkit kisah lama kita, saya denda awak. Setiap kali awak ungkit, awak kena sebut ‘saya sayang awak’. Serius.” - Rifqi “Gila!” - Dini. Sejuta sesal yang Rifqi luahkan tidak pernah mampu untuk menyembuh luka di hati Dini. Namun, bukan mudah untuk Rifqi mengalah kerana pada dia, Nurin Ardini itu selamanya milik dia. Mampukah mereka menemui jalan akhir yang bahagia? Adakah ikatan yang terikat tanpa rasa cinta itu mesti diputuskan tanpa usaha untuk dibajai? ‘Ada masanya hanya takdir yang menentukan impian indah menjadi satu kenyataan.’