Troli Pembelian

Troli Anda


Pesanan : 0
Jumlah : RM 0.00

Carian Buku

Hubungi Kami

Penerbitan Ideakreatif

No. 77-G, Blok E,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Tel :

03-87349793

WhatsApp :

012-3129793

Fax :

03-87349793

Emel :

info.ideakreatif@gmail.com
(Pertanyaan)
langganan.ideakreatif@gmail.com
(Langganan)

Web :

http://www.ideakreatif.net


Butiran Buku


 

 

YANG AKU INGINKAN

Penulis : NANI YUHANNA
Penerbit : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-55-2
Tahun : 2016

 

Harga: RM 26.00 / 29.00

 


Kerana sebuah rencana jahat, Hania terperangkap. Dan hukumannya, dia harus mengahwini Shahrin demi mendapat kemaafan abahnya. Bagi Shahrin, dia sudah tidak punya hati. Cinta dan bahagianya sudah berkubur di hari kematian Ciaralina, tunang yang sangat dia sayangi. Tapi, akur dengan kehendak orang tuanya, dia lafaz juga akad terhadap Hania. Tiga tahun berlalu, mereka membawa haluan masing-masing. Hania di KL dan Shahrin di Johor. Ikatan yang terjalin tidak mengubah apa-apa antara mereka sehinggalah Hania menamatkan pengajiannya dan Shahrin mengubah fikiran membawa si isteri pulang ke rumah sendiri. “Kenapa pula awak nak tidur atas sofa?” – Shahrin Irham “Se..sebab awak kan tidur atas katil. Jadi, saya tidurlah kat bawah.” – Faria Hania “Malam ini dan juga malam-malam yang seterusnya, tak akan ada sesiapa pun yang tidur atas sofa." – Shahrin Irham. Maka, bermulalah tugas Hania sebagai isteri. Dia nekad untuk melupakan sejarah hitam dan mencari bahagianya yang mungkin ada pada Shahrin. Saat bahagia sudah mula menjengah hidup mereka, muncul pula Sofeynna, si 'kembar' Ciaralina dan kemunculan gadis itu buat ingatan Shahrin kembali pada cinta lama. Setiap kali memandang si isteri, bayang Ciaralina muncul dan Sofeynna dijadikan tempat melepaskan rindu. Sofeynna pula, bagai pucuk dicita ulam mendatang. Terluka dengan suami, Hania pergi membawa diri. Apa akan jadi pada Shahrin bila dia sedar kesilapan diri? Masih adakah peluang untuk dia meraih kembali hati si isteri?