Troli Pembelian

Troli Anda


Pesanan : 0
Jumlah : RM 0.00

Carian Buku

Hubungi Kami

Penerbitan Ideakreatif

No. 77-G, Blok E,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Tel :

03-87349793

WhatsApp :

012-3129793

Fax :

03-87349793

Emel :

info.ideakreatif@gmail.com
(Pertanyaan)
langganan.ideakreatif@gmail.com
(Langganan)

Web :

http://www.ideakreatif.net


Butiran Buku


 

 

MEMORI TRI + NANI

Penulis : ILLA SHANAHILA
Penerbit : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-56-9
Tahun : 2016

 

Harga: RM 26.00 / 29.00

 


Pertemuan mereka bermula dalam situasi yang tegang di Iris Cake House milik Kak Hasya, tempat Nani selalu melepak lepas habis waktu belajar. Habib Fitri yang garang dan Nur Hannani yang acah-acah berani. “Aku tak suka orang luar masuk sampai kaunter. Had pelanggan dekat luar ni je.” Oh! mak ai. Sombongnya kau. Ini kalau betul-betul aku kutuk dalam Facebook ni karang... “Lagi satu, congo bars yang kau makan tu jangan lupa bayar. Aku buat benda tu bukan nak bagi free.” "Dia siapa?" Aku toleh pandang Ajim. "Tri, Adik bos." Oh! Inilah encik suka-suka hati tukar password wifi tiap-tiap hari tu? Muka berlagak gaya ‘ini kedai aku yang punya’ dia tu aku pandang lama. Muka Kak Hasya, Chinese look. Muka dia, communist look! garang nak mati. Rupanya, encik communist look itu adalah pelajar master satu fakulti dengan Nani. Mereka mula rapat bila Nani menghadapi kesulitan dan Tri penyelamat keadaan. Kesuraman hari-hari Nani mula berbunga indah bila Tri berusaha untuk jadikan dia suri dalam rumah tangga. “Saya tak pandai berdikari. Saya suka susahkan orang. Saya nampak je yakin, tapi kenyataannya, I’m bad at everything I do.”- Nani “I know. But it’s okay, I love you anyway.”- Tri Mereka disatukan dengan rasa suka sama suka namun, langsung Nani tidak menyangka keputusan yang satu ini merubah seluruh hidupnya. Tri berjanji untuk cinta. Tri berjanji untuk menerima dia apa adanya. Tapi kenapa lain jadinya bila mereka mula hidup bersama? “Saya terlepas peluang pertama dan saya tak sangka sampai bila-bila pun saya tak dapat peluang kedua. Sayangnya. saya baru sedar yang saya betul-betul perlukan awak dalam hidup saya bila awak dah tak ada depan mata.”-Tri Apa sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangga mereka sehingga Habib Fitri terpaksa meminta untuk diberikan peluang kedua?