Troli Pembelian

Troli Anda


Pesanan : 0
Jumlah : RM 0.00

Carian Buku

Hubungi Kami

Penerbitan Ideakreatif

No. 77-G, Blok E,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Tel :

03-87349793

WhatsApp :

012-3129793

Fax :

03-87349793

Emel :

info.ideakreatif@gmail.com
(Pertanyaan)
langganan.ideakreatif@gmail.com
(Langganan)

Web :

http://www.ideakreatif.net


Butiran Buku


 

 

MENYEMAI CINTA

Penulis : IFFA IRDINA
Penerbit : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-27-9
Tahun : 2015

 

Harga: RM 25.00 / 28.00

(Limited Edition)

 


Anissa dan Syed Farhen, dipertemukan dalam insiden yang tak terduga. Membawa Anissa menjadi anak angkat dalam keluarga lelaki itu. Jarak usia yang sangat ketara menyebabkan Anissa lebih selesa menganggap Syed Farhen sebagai abang. Tapi, lain pula bagi Syed Farhen. Sejak mengenali Anissa, dia mula pandai merindu, dia mula pandai cemburu. Kerana itu, dia berusaha keras merapatkan Anissa dengan keluarganya. Berusaha keras memenangi hati seorang Anissa. Kalau boleh, dia mahu Anissa menjadi haknya. Payah berkias dengan Anissa, Syed Farhen guna jalan mudah. Hantar rombongan terus ke rumah. Walau terkejut dan cuba membantah, Anissa terpaksa juga akur dengan kesungguhan Syed Farhen. Tapi, di saat Anissa sudah meluahkan kata setuju, ada cerita lain pula yang muncul. Syed Farhen itu ada pertalian darah dengannya. Jadi, siapa ayah dia sebenarnya? “Nissa tau tak abang sayangkan Nissa. Walau siapa pun Nissa?” bisik Syed Farhen. “Tapi Nissa...” “Nissa tak sayangkan abang atau Nissa tak percayakan abang.” potong Syed Farhen. Sudah dapat mengagak perkataan apa yang akan dikatakan oleh Anissa. Anissa diam. Mana mungkin dia tidak menyayangi Syed Farhen dan sememangnya dia percaya pada Syed Farhen. “Nissa kena kahwin dengan abang seminggu sebelum naik semester.” Anissa terkejut. Cepat-cepat dia bangun namun tangannya ditarik semula. “Seminggu sebelum naik semester. Ingat tu,” tekan Syed Farhen. “Nissa muda lagi la bang.” “Abang ni dah tua Nissa.” “Kalau dah tau diri tu dah tua. Kahwin ajelah dengan orang lain, jangan tunggu Nissa.” Syed Farhen menjegilkan mata. Dia tahu Anissa hanya bergurau. “Nissa cuma perlu jaga abang saja. Abang janji abang tak akan mengada-ngada dengan Nissa. Abang tak akan buat perangai. Abang janji, abang akan benarkan Nissa belajar.”