Troli Pembelian

Troli Anda


Pesanan : 0
Jumlah : RM 0.00

Carian Buku

Hubungi Kami

Penerbitan Ideakreatif

No. 77-G, Blok E,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Tel :

03-87349793

WhatsApp :

012-3129793

Fax :

03-87349793

Emel :

info.ideakreatif@gmail.com
(Pertanyaan)
langganan.ideakreatif@gmail.com
(Langganan)

Web :

http://www.ideakreatif.net


Butiran Buku


 

 

DEAR SAM

Penulis : EMY ROBERTO
Penerbit : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-2137-07-8
Tahun : 2017

 

Harga: RM 22.00 / 25.00

(Limited Edition)

 


SAM dan BELLA. Perkahwinan yang diatur keluarga membuahkan rasa cinta dan sayang di antara mereka berdua. Kehadiran Ara, anak comel yang dianugerahkan Tuhan menjadi penyeri rumah tangga. Bagi Sam, Bella masih sama macam dulu. Bella yang bubbly. Bella yang sentiasa minta dipuji. Bella yang menjadi cinta terakhir dan sentiasa tetap di hati. Bagi Bella, Sam juga masih tak berubah. Sam yang anticlockwise. Sam yang suka membebel. Dan Sam adalah cinta pertamanya yang paling indah. “Siapa perempuan yang paling saya cinta?” Sam belai rambut Bella. “Nabila Hussien.” Yang ni Bella memang yakin habis. Jawapannya itu buat Sam senyum sampai telinga. “Siapa yang masih sayangkan saya walaupun kena marah sampai nangis?” “Nabila Hussien.” Bella jawab lagi. Kali ini dia mencebik. Saja Sam nak pancing perasaan dia yang merajuk tadi. Gembira yang diukir bersama dan cinta yang ingin disemai sampai bila-bila teruji dek kisah silam Sam yang kembali menghantui. “Selagi kau tak mati, aku tak tenang Nabila.” - Susan Bella jadi lemah bila nyawa menjadi taruhan Susan. Malah hatinya mula tergores bila kisah lama Sam diungkit semula dan menguji rasa cinta yang mendalam. “Why is your past still clinging around us?”- Bella “Saya cintakan awak sampai bila-bila, Bella.”- Sam Mampukah Bella mempertahankan mahligai cinta yang dibina bersama suami tercinta? Dan adakah cinta lama Sam bersama Susan yang dikatakan telah mati akan kembali berputik?