No. 77-G, Blok E,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.
03-87349793
012-3129793
03-87349793
info.ideakreatif@gmail.com
(Pertanyaan)
langganan.ideakreatif@gmail.com
(Langganan)
http://www.ideakreatif.net
Insiden Nasuha yang selesema hingga meninggalkan kesan kotoran di seluar Zahid merupakan memori hitam dalam konteks hidup Nasuha. “Setiap kali I jumpa you mesti ada tisu. You ni tauke tisu ke macam mana?” Nurul Nasuha “Habis tu apa beza I dengan you. Setiap kali I jumpa you, you asyik buat cendol. You tauke cendol ke?” Ahmad Zahid Sah Nasuha tak akan makan cendol setahun selepas ini. Memang Selesema dengan Nasuha bagai tak mampu dipisahkan. Namun, pertemuan mereka tidak berakhir di situ sahaja. “You buat apa kat sini?” Kalut Nasuha lontar soalan. “You tu buat apa dalam tandas lelaki ni?” Soal Zahid kembali. “Hah? Tandas lelaki?” Mata Nasuha terus buat kerja. “You dah tukar jantina ke macam mana?” Sakat Zahid. Mengenali Zahid membuatkan hati Nasuha dijentik rasa. Nasuha mula tertanya-tanya sendiri kedudukan Zahid dalam hatinya? Tapi mana mungkin mereka bersatu kerana Zahid sudah mempunyai Zandra Hamdan. Sanggupkah dia bergelar perampas? “Suha… love is the best feeling and the worst. So, choose your battles wisely.” Ahmad Zahid Pada saat Nasuha telah merelakan kebahagiaan Zahid bersama Zandra, matanya menjadi saksi kecurangan Zandra. Mampukah dia untuk tinggal diam? Hidup adalah soal keberanian untuk menghadapi tanda tanya. Dan satu rahsia yang tersingkap telah merungkai segalanya. Mampukah Nasuha terima rahsia Mamat Tisu itu?