Setia tidak menjanjikan kesetiaan juga.
Kata orang, cinta itu manis. Kata Hareez, mana ada manisnya kalau orang yang dia cinta harus menjadi adik ipar sendiri. Cinta tak kesampaiannya pada Lya hampir buat dia tersungkur.
Pertemuan tanpa sengaja dengan Fatia mencipta sejarah baru buat Hareez. Tanpa sedar, skill kasanova yang telah menjadi khazanah kembali muncul.
“Kalau nak tahu, cubalah.” Hareez senyum senget.
“Cuba apa?” Fatia tiba-tiba jadi blur
“Tak pakai baju depan saya, tengok awak selamat ke tidak.” Mata dikenyit nakal.
“Awak ni gatal kan?” Terus membulat mata Fatia.
“Nak tahu gatal ke tak, kahwin dengan saya dulu.”
Bukan cinta tapi dia sukakan Fatia. Kata orang, suka itu juga salah satu akar cinta. Persoalannya, bolehkah bahagia tanpa cinta?
Baru mahu membuka langkah, Hareez diberikan tawaran yang mengejutkan.
“Aku dah tak mampu bahagiakan, Lya bang. Kau tolong bahagiakan dia.” – Zhafran.
Kerana bahagia itu banyak jalan yang bersimpang, mereka harus membuat pilihan.
Kesinambungan dari HATI KALA CINTA ini membawa kita mengenal siapa sebenarnya Hareez Daniel yang pernah ditolak oleh Lya kerana memilih adiknya, Zhafran.