IDEA KREATIF

HATI KALA CINTA - HANI FAZUHA [IDEA KREATIF PUBLICATION]

MYR36.00

Blurb Hati Kala Cinta

Kadangkala, kita perlu bersabar dengan hujan untuk melihat pelangi.

Di mata Lya, Zhafran adalah segalanya. Tapi bagi Lya, dia hanyalah seorang sahabat yang disayangi Zhafran.

“Aku takkan benarkan sesiapa pun lukakan kau.” – Zhafran.

“Kecuali kau?” – Lyana Amira.

Memang amat melukakan hati Lya bila Zhafran memilih Nurin. Peliknya, Lya yakin Nurin itu bukanlah perempuan yang pernah Zhafran sebut sebagai pasangan yang dia mahukan.

Di mata Hareez, Lya itu hanyalah perempuan biasa-biasa. Tapi kenapa keluarganya mahu sangat Lya sebagai menantu?

“So, setuju tu maksudnya kita akan nikah la ya?”- Hareez.

“Kalau you bercakap pasal lamaran, jawapannya, ya.”- Lyana Amira.

“I nak kena jadi kambing hitam ke apa ni?”- Hareez.

Apa akan jadi bila Zhafran melarang keras rancangan untuk menyatukan Lya dengan abangnya, Hareez?

“Kau tak boleh kahwin dengan abang aku, Lya.” Zhafran.

“Alasan?” – Lyana Amira.

“Dia akan lukakan kau.”- Zhafran.

Sebenarnya, mana yang lebih melukakan? Melihat Zhafran yang dicintai bahagia dengan perempuan lain atau berkahwin dengan Hareez yang tidak dicintai?

Kadangkala, kuasa memilih bukan di tangan kita tetapi tidak semestinya kita harus mati saat takdir menetapkan pilihannya.

CONTACT US