IDEA KREATIF

HENTIKAN WAKTU - HANI FAZUHA [IDEA KREATIF PUBLICATION]

MYR39.00

HENTIKAN WAKTU -

“Yang you dah buang setelah puas merasa, tak semestinya tak berharga pada pandangan mata orang lain, Zeeqri.” - Diya

Ini kisah mereka yang tersakiti kerana percaya diri dikhianati. Berbelas tahun terpisah, bertemu kembali dengan dendam yang sarat di dada.Namun, kisah silam mereka bukan boleh dipadamkan begitu saja. Bukan perkahwinan yang disesali tapi perpisahan yang paling kejam itu yang mahu dipersoalkan.

“Betul, dulu I layan you teruk. Tapi sepanjang you hidup dengan I, pernah ke abaikan you?” – Zeeqri.

Siapa sebenarnya yang paling terluka antara mereka? Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan antara mereka?

“I halalkan semuanya, Zeeqri. Semua yang you terlepas untuk berikan pada I, zahir dan batin.” – Diya 

“Kalau berbelas tahun dulu I tak pernah berniat untuk lepaskan you, tak ada sebab untuk I lepaskan you sekarang.” – Zeeqri.

Bila punca pada segala-galanya terbongkar satu persatu, Diya perlu akur pada takdir yang tertulis.

“You kahwinlah dengan pilihan keluarga you atau pilihan you sendiri.” - Diya.

“I tak pernah ada pilihan lain selain you.” - Zeeqri.

Memang dulu Zeeqri tak pernah terfikir untuk pilih Diya. Tapi takdir yang membuat pilihan untuk mereka. Dan sekarang, takdir juga yang akan menentukan jodoh mereka.

CONTACT US