ALI ALAUDDIN by Rose Harissa
Sinopsis :
Haji Azhar kata, Ali Alauddin satu-satunya anak dia yang terlebih guna otak berbanding hati. Sebab itu, 10 tahun di England, Ali macam tak ingat nak pulang ke Malaysia dan tak ingat nak kahwin. Lantas, dia aturkan jodoh untuk si anak. Pilihannya Alilatul Barizah, anak tunggal Dato’ Zainal.
Ali dan Barizah, bukan versi kahwin paksa yang biasa-biasa. Mungkin bagi Barizah, ini memang terpaksa. Tapi bagi Ali, akad nikah bukan sekadar lafaz semata-mata.
“Pernikahan ni takkan berhasil sebab saya tak ikhlas terima awak.” – Barizah.
“Saya akan hadirkan cinta dan ikhlas untuk jayakan pernikahan ni.” - Ali.
Payah buat Ali sebab Barizah membantah dalam akur. Hari pertama, sudah meminta diceraikan. Tinggal serumah pun mahu berasingan bilik.
“Love is a commitment. Awak kena bagi komitmen untuk hadirkan cinta.” - Ali.
“Maksud awak, komitmen dalam bilik tidur?” – Barizah.
“Komitmen yang saya maksudkan, bukan komitmen yang awak maksudkan tu.”- Ali.
“Tapi lambat laun saya kena serah diri juga, kan?” - Barizah.
Sikap ala English gentleman yang tersemai dalam diri Ali akhirnya buat Barizah berjaya ditundukkan. Perlahan-lahan, mereka mula bahagia.
Tapi, satu emel dari Fateh yang diterima Barizah buat segalanya berubah. Trauma Barizah muncul kembali. Dan kemunculan Jana Humaira menuntut janji dari Ali buat Barizah bagai tersedar dari mimpi. Dia lebih rela kehilangan Fateh dari kehilangan Ali.
Siapa sebenarnya Fateh yang menyebabkan Barizah Trauma? Dan siapa sebenarnya Jana Humaira di hati Ali Alauddin?