IDEA KREATIF

🔥🔥PRE RESDY STOK - RINDU YANG TAK TERUCAP -BY NANI YUHANNA - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF PUBLICATION 🔥🔥

MYR32.00 MYR29.00

SINOPSIS

RINDU YANG TAK TERUCAP – NANI YUHANNA

Pengorbanan paling besar seorang Luthfia apabila dia terpaksa mengkhianati Eshan dan berkahwin dengan Zarul. Mencintai tak semestinya memiliki, itu yang Luthfia ratibkan saat hatinya menangis melihat Eshan. Yang paling utama, aib perlu ditutup.

“Perempuan jijik macam kau tak layak bercakap pasal hak dengan aku.” - Zarul

Tiga tahun bergelar isteri Zarul, dia mengusung derita. Setiap hari dia perlu berjuang untuk terus hidup walaupun mental dizalimi dan fizikalnya kasari.

Dan tatkala takdir menemukan dia kembali dengan Eshan, Luthfia harus berpura-pura bahagia. Bekerja dengan lelaki itu, menjadi titik permulaan yang menakutkan.

“Terima kasih kerana hidup dengan bahagia.” - Eshan

Yang benar, Luthfia sendiri sudah lupa bagaimana rasanya bahagia. Kadangkala dia rasa harga untuk mendapatkan kebahagiaan itu terlalu mahal untuk dia bayar.

“Awak masih ada perasaan pada saya ke?” – Eshan.

“Saya hanya akan jawab soalan yang berkaitan dengan kerja saja, Encik Eshan. – Luthfia.

“Saya anggap jawapan awak, YA.” – Eshan.

Masihkah perasaan itu sama seperti dulu? Jika masih sama, mungkinkah dia mampu mencapai bahagia? Tapi bagaimana jika harga untuk sebuah kebahagiaan itu adalah satu kebenaran yang sangat perit?

CONTACT US