IDEA KREATIF

🔥🔥 NEW READY STOK~ MAHFUZ BY BELLOFA : TERBITAN IDEA KREATIF PUBLICATION.🔥🔥

MYR27.00 MYR24.00

MAHFUZ - BELLOFA

Sebulan kemudian…

MAAF, saya terlambat.” Lelaki yang berdiri

membelakanginya terus saja berpaling. Kolar baju dirapikan. Manakala Iman, sedang sibuk mengibas-ngibas baju blausnya yang sedikit basah dek meredah hujan tadi.

Mata mereka saling berpandangan. Senyuman Iman terukir manis untuk lelaki yang tidak lama lagi bakal menjadi suaminya. Enam tahun tidak bersua muka, akhirnya mereka bertemu juga.

Meskipun dia tahu Iman bekerja di perpustakaan bersama mamanya, lelaki itu tidak pernah mahu bertembung dengan Iman lagi.

“Kau lambat lima minit, 40 saat!” Adam menyilang lengan yang kekar ke dadanya yang bidang. Matanya tidak lari dari menatap wajah itu.

“Maaflah…”

“Aku tak expect langsung kau berani tunjuk muka kau depan aku lagi!” Adam tersenyum sinis. Sempat dia menjeling Iman sebelum dia melangkah masuk ke dalam restoran tersebut.

Iman ditinggalkan terkebil-kebil di belakang.

Haih, Iman melepaskan nafas panjang. Dia jadi ragu-ragu pula dengan keputusannya ini. Kenapa baru sekarang hatinya seolah-olah berkeras mahu menolak dan menarik semula keputusannya? Kus semangat berdepan dengan lelaki itu.

“ICE Coffee dua, nasi goreng kampung dan nasi ayam penyet. Ada apa-apa lagi nak tambah?” tanya pelayan lelaki tersebut.

Iman dan Adam menggeleng serentak. Keadaan kembali janggal dan kekok setelah pelayan tadi berlalu pergi. Tidak tahu apa yang harus mereka bicarakan.

Sepatutnya topik yang mereka harus bincangkan adalah mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka namun, tiada seorang pun yang mahu memulakan bicara.

Iman teringatkan apa yang terjadi di antara dia dan Adam enam tahun yang lalu. Tiba-tiba, dia rasa segan berdepan dengan lelaki itu. Bodohnya kau, Iman.

“Kenapa kau terima tawaran mama aku?” Adam bersuara. Matanya tajam merenung wajah polos Iman.

Sebab saya terpaksa. Sayangnya, ungkapan itu hanya mampu disuarakan di dalam hati sahaja. Lelaki itu tidak perlu tahu atas sebab apa dia menerima tawaran Puan Yani untuk berkahwin dengan Adam.

“Orang tanya, jawab laa…” Keras nada suara

Adam. Pantang betul dia apabila soalannya tidak dijawab.

“Se... sebab saya... saya...”

“Saya apa, bodoh?” asak Adam tak sabar. Dia tak suka menunggu.

“Sebab saya dah lama sukakan awak!” Iman ketap bibir. Dia tidak ada alasan lain. Dia tidak sempat berfikir.

Payah betul berdepan dengan manusia yang tak kenal erti sabar. Dengup jantungnya semakin tidak terkawal apabila Adam memandangnya dengan tajam.

“Bila kau nak bencikan aku?” soal Adam tiba-tiba.

“Kenapa awak tanya macam tu?”

“Bila? Bila kau nak benci dekat aku, Iman?” Adam mengulangi soalan yang sama dalam intonasi yang lebih serius.

“Perlu ke saya benci awak, Adam?” tanya Iman kembali.

“Yeah... you should. Aku dah rampas sesuatu yang mustahil untuk aku serahkan kembali pada kau. Aku tolak cinta kau... dan sepatutnya kau benci aku, Iman. Kau tak patut simpan rasa cinta tu lama-lama.”

Iman juga perempuan yang dia sakiti enam tahun yang lalu.

Hati Adam mula terdetik. Kenapa dia benci Iman sangat?

CONTACT US