IDEA KREATIF

?? NEW ~ READY STOK ?? ~ MISS DUCATI ~ SUFEA HAREEZ - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR27.00 MYR24.00

MISS DUCATI - Sufea Hareez

“You are just ‘wow’ me, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Siapa yang tak kenal Tuan CEO muda yang tampan dan segak bergaya bernama Amir Luqman? Dan kelebihan yang dimilikinya telah digunakan untuk menakluki seorang Miss Ducati.

Hanya di bilik persalinan, segalanya bermula dan berakhir dengan sejarah yang tak termampu dilupakan.

Dua tahun berlalu, mereka ditemukan semula. Maka terjadilah adegan Tuan CEO mengejar Miss Ducati.

“Tak boleh ke kalau awak terus ignore je saya? Jangan cari saya lagi.” – Rania Nabila.

“Saya tak suka perempuan tinggalkan saya.” – Amir Luqman.

“Anggap saja saya ni macam mangsa awak yang lain.”- Rania Nabila.

“Oh, no... no... I am not your one-night stand or vice versa, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Itu hanya permulaan. Dan pengakhirnya, Nabila jadi kalah dengan kesungguhan seorang Luqman yang tak pernah jemu dengan kehendaknya.

“Saya bukan seperti yang awak kenal dulu, Luq. Semua yang ada di sekeliling saya sangat menakutkan.” – Rania Nabila.

“Kita kahwin.” – Amir Luqman.

Itu sahaja jalan yang Luqman mampu fikirkan, biar Rania Nabila terus di sampingnya agar segala rahsia dapat dirungkaikan. Biar Rania Nabila selamat di dalam pelukannya.

Perkahwinan yang sarat dengan kasih sayang, bersulam indah dengan cinta tiba-tiba diragut sekelip mata oleh Ahmad Adwa. Parut yang ditinggalkan berdarah kembali.

Dan sekali lagi Nabila terpaksa lari. Sekali lagi dia pergi membawa diri.

Apa yang Luqman lakukan apabila isterinya menghilang? Adakah dia akan akur dengan permintaan ibu kesayangannya supaya menceraikan Nabila? Atau sebaliknya, menjadi Mr. Ninja kepada Miss Ducati yang malang itu.

Dan siapa sebenarnya Ahmad Adwa yang tak pernah senang melihat Nabila hidup bahagia?

CONTACT US