IDEA KREATIF

🔥🔥 NEW READY STOK 🔥🔥 ~ DIA SEBENARNYA BY ZILL AILIE ~ NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF 🔥🔥

MYR26.00 MYR23.00

Sinopsis : Dia Sebenarnya

******

Terperangkap dan terpaksa, Jad rasa inilah perkara paling bodoh pernah berlaku dalam hidupnya. Tapi peliknya, dia rela jadi pak sanggup. Rela mengahwini perempuan yang tak dikenali tanpa sebarang paksaan.

“Kau yang lafaz akad nikah, Jad. Sepatutnya kau boleh tolak bro.” – Razin.

“Dia half-naked. Kau rasa orang nak percaya?” – Jad.

Namun bagi Ally, memerangkap Jad adalah perkara yang paling pantas untuk selamatkan diri. Dia tiada cara lain, biarlah dia dituduh perempuan kotor daripada terus terpalit dosa.

“Kenapa kau perangkap aku? Dah berapa ramai jantan yang ‘guna’ tubuh kau?” – Jad.

Kemarahan dan kekasaran Jad buatkan Ally menjadi perempuan yang kuat melawan untuk menutup kelemahannya. Dan sikap suka melawan Ally itu buatkan Jad rasa tercabar.

Tapi bila Ally berubah menggoda, jiwa lelakinya pula yang bergelora. Pantang mendekat, keinginannya untuk menakluki Ally membuak. Dan mereka menjadi suami isteri yang saling menginginkan untuk keperluan biologi.

“You tidur sini malam ni?” Ally berpaling. Matanya terkejip.

“Hmmm” Jad menggumam.

“Rindu I ke? Need my service tonight?” Ally jongket kening.

Menjadi isteri yang tidak diiktiraf di mata suami dan juga keluarga suami, Ally sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Atas sebab itu, dia izinkan Jad mengahwini perempuan yang menjadi pilihan keluarga si suami.

“Kalau you nak kahwin dengan Nurina, kahwinlah. I izinkan.”- Ally.

“Kalau I nak kahwin dengan dia, tak perlu tunggu keizinan you, Ally.” – Jad.

Dan keengganan Jad untuk menduakannya buatkan Ally terfikir, benarkah hubungan mereka hanya untuk keperluan biologi?

Mereka bahagia saja walau tanpa lafaz cinta. Namun apabila kisah mereka tersingkap, keduanya merana. Ally pergi membawa diri dan Jad nanar mencari.

Siapa sebenarnya Ally yang muncul dalam hidup Jad dengan sejuta rahsia tetapi penuh dengan warna yang menceriakan?

Adakah akan ada sinar untuk mereka terus bersama?

CONTACT US