IDEA KREATIF

PRE ORDER ~ LIMITED EDITION ? HAZEL BY EMY ROBERTO - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF PUBLICATION

MYR25.00

HAZEL - Emy Roberto

(LIMITED EDITION)

SINOPSIS:

HAZEL ADILA : ‘The villain lady’, itulah gelaran yang diberikan padanya yang dituduh membunuh suami sendiri, kejam dan tak berperikemanusiaan. Setelah bertahun lama dia menetap di Prague, Hazel kembali semula ke Malaysia dengan agenda tersendiri.

AZAT : Aka ejen A9, antara pengawal peribadi terbaik di dalam agensi. Prinsipnya mudah saja, melindungi orang yang baik-baik seperti Tuan Bahrain, seorang jutawan terkenal. Namun hidupnya berubah bila dia ditugaskan untuk melindungi Hazel, anak Tuan Bahrain yang dibenci ramai.

“Tak payah datang jemput saya dekat sini.” - Hazel

“Saya pun tak ingin but it’s an order from Tuan Bahrain.” - Azat

Masing-masing bagaikan saling tak menyukai sesama sendiri. Namun mereka berdua tak mampu menidakkan perasaan halus yang hadir di dalam hati. Ke mana saja Hazel pergi, Azat akan sentiasa berada di sisi.

Namun, rasa cinta dan kepercayaan diuji bila cerita lama Hazel kembali menghantui hidupnya yang baru mahu mengenal bahagia. Sekali gus memaksanya untuk menjejaki musuh sendiri tanpa perlu membahayakan orang di sekeliling, termasuklah Azat.

“If anything happens to me, saya nak awak dan Jai tinggalkan saya.” - Hazel

“Saya takkan tinggalkan awak walau apa pun terjadi. So, jangan sebut tentang siapa perlu tinggalkan siapa.” - Azat

Mampukah Azat mengotakan kata-katanya bila dia hanya boleh pilih salah satu pilihan yang diberikan - untuk selamatkan Hazel atau orang tuanya?

Mampukah dia melindungi Hazel bila dia tak ada pilihan lain selain dari menyerahkan Hazel kepada musuh utama gadis itu?

CONTACT US