SINOPSIS :
Sakitnya Mencintai Siri 1
******
Berkahwin atas dasar cinta rupanya tidak menjamin akan kekal selamanya. Bila kesetiaan tercalar, laluan akan temui persimpangan.
“Kami dah terlanjur... Banyak kali...” – Zariel.
“Kita berpisah.” – Aleeya.
Berpisah! Itu yang Aleeya pinta. Tapi, bila talak itu di tangan lelaki, bukan mudah untuk meminta.
“Zariel setuju tapi dengan syarat, dia nak you kahwin dengan I lepas idah nanti.” – Hariz.
“Jangan cakap you setuju dengan syarat gila tu, Hariz.” – Aleeya.
“Leeya harus kahwin dengan Fakhrul lepas habis idah.” – Puan Sri Norma.
Aleeya rasa dia masih hidup di bumi yang nyata tetapi kenapa semua orang di sekelilingnya seakan sudah menjadi gila? Fakhrul atau Zariel, sama saja. Dia hanya akan terluka kemudiannya.
“Aku diupah untuk rosakkan rumah tangga kau.” – Marina.
Dan kebenaran yang tersingkap buatkan Aleeya hampir jatuh terduduk. Tapi logiknya, curang itu pilihan, bukan kesilapan yang tak disengajakan. Bila Zariel memilih untuk curang, haruskah diberi peluang kedua?
“I boleh saja bagi pinjam bahu I untuk you menangis. Tapi kalau you nak bahu, you kena ambil dada sekali. Sebab tawaran I berpakej. Bahu, dada termasuk hati dan jantung.” – Hariz.
Tawaran Hariz cukup menarik tapi berbaloikah jika hanya diberi pinjam? Aleeya tak mahu meminjam, dia mahu yang kekal selamanya. Lantas, apa yang harus dia pilih?
Siapa sebenarnya Puan Sri Norma? Adakah dia orangnya yang bertanggungjawab merosakkan rumah tangga Aleeya?
.
.
Sakitnya Mencintai Siri 2
******
“Aku nak kau pulangkan Leeya pada aku semula.” – Zariel.
Cinta pernah membuatkan Aleeya bahagia. Dan Cinta juga pernah membuatkan Aleeya terluka. Tapi, Aleeya tak akan menjadi hamba cinta hanya kerana mahu memberi peluang pada orang yang tak pernah menghargai setianya.
“Sama ada you atau Hariz, jangan sesekali anggap I ni barang dagangan yang boleh dicagarkan untuk mendapat kemenangan.” – Aleeya.
Apabila berlaku perebutan, Aleeya harus bertegas. Untuk waktu sekarang, dia hanya mahu hidup tenang bersama orang yang menghargai dirinya. Dia hanya mahu bahagia yang sederhana saja.
untuk kita” – Hariz.“Bahagia bukan tentang semua hal yang kita mahu tapi tentang semua perkara yang Tuhan berikan. Sebab apa yang kita mahu, bukan semuanya yangterbaik
“I tak minta banyak, cukup hanya setia sehingga ke hujung usia.” - Aleeya
“Kalau I jadi Zariel, I akan pilih untuk setia.” – Hariz.
Setia bukan boleh dibuktikan dalam sehari dua. Selagi dugaan itu bukan berpunca dari kesilapan yang dipilih sendiri, boleh saja saling memaafkan.
Tapi percayalah, perempuan yang tersakiti, kekuatannya boleh menggoncang seluruh dunia.
Sekali terluka, akan dibawa sampai menutup mata.
.” - Aleeya “Walau dunia menolak, biar seluruh alam menentang, pilihan ini adalah yang terbaik.