IDEA KREATIF

Aku Sanggup - Hani Fazuha [LIMITED EDITION]

MYR60.00

Kematian Akif, suami yang baru beberapa jam dinikahi adalah ujian terhebat buat Adiya. Tapi dia Reda. Sebab hidup dan mati itu hanya terpisah oleh garis yang sangat halus.

Namun, redanya tercabar bila munculnya Ziyaad. Bagaimana dia mampu lupakan Akif jika Ziyaad sering buatkan dia teringatkan arwah suaminya itu?

“You boleh terus tinggal di rumah ni dengan syarat, jadi perempuan simpanan I.” – Ziyaad.

“Orang sombong dan menganggap dirinya hebat, itulah bodoh yang sebenar.” - Adiya

Ziyaad itu bekas adik iparnya, yang muncul dengan bayangan penuh kebencian. Yang menuduh dia sebagai pembunuh dan kaki kikis. Tapi bila sekali lagi dia dihadapkan dengan ujian, Ziyaad tiba-tiba menghulur tangan.

“Persoalannya, kenapa Encik Ziyaad tiba-tiba nak kahwin dengan I?” - Adiya

"Peluang yang baik ada kalanya akan datang dalam bentuk yang tak elok." - Ziyaad

Apakah benar perkahwinan mereka adalah peluang yang baik didatangkan dalam bentuk yang menjengkelkan? Atau mungkinkah ini ujian berganda buat Adiya?

“I yang peluk you tapi nama dia yang you sebut.” Berbisa ayat Ziyaad bagai racun masuk ke hati Adiya.

Akan tergantikah cinta di hati Adiya untuk lelaki bergelar suami sedangkan dia melihat Ziyaad itu sebagai ancaman yang menakutkan?

CONTACT US