Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira.
Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi.
Situasi menjadi lebih payah apabila orang yang dia anggap abang itu rupanya mencintai dirinya. Tapi, jalan untuk berundur ke belakang sudah tiada.
Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Dan lebih payah apabila antara mereka suka percaya pada telahan hati sendiri.