Kisah biasa-biasa antara Tuan Rafeq dan Humaira dari naskhah BERIKAN KESEMPATAN dipanjangkan lagi.
Walau berkahwin tanpa sebaris kata cinta, takdir yang tertulis buat mereka semuanya yang manis-manis saja. Mereka bahagia dan mahu kekal bahagia selamanya. Tapi tak ada jaminan mengatakan apa yang kita miliki akan kekal menjadi milik kita.
“Maira nak kita berpisah.” - Humaira.
“Tapi, kenapa? Hidup kita bahagia saja, kan?” – Tuan Rafeq.
Permintaan Humaira saat mereka sedang menyulam bahagia buat Tuan Rafeq terduduk. Apa sebenarnya yang menyebabkan Humaira meminta untuk berpisah sedangkan hidup mereka baik-baik saja?
Apa pula tindakan Tuan Rafeq untuk menghalang Humaira agar tidak pergi dari hidupnya?
Bahagia yang diuji, penawarnya adalah cinta. Tapi, sebanyak mana cinta di hati mereka sebenarnya?