IDEA KREATIF

BIAR AKU YANG SETIA - NANI YUHANNA

MYR29.00 MYR26.00

Pertemuan pertama Lis Jasmine dengan Aki Razin sangat tidak menyenangkan. Aki tu adik Annur dan Annur itu kawan Jasmine. Tapi Jasmine rasa lelaki itu tak sesuai sebagai adik kawannya? Sebab mulutnya tak sopan seperti kakaknya.

“Jadi orang ni jangan nak perasan sangat walaupun betul diri cantik.”-Aki Razin

Pertemuan demi pertemuan, Jasmine akui, Aki bukan saja bermulut tak sopan, tapi beku dan kejung juga.

“Dalam mulut awak tu ada jongkong emas ke sampai nak senyum pun tak boleh?”- Lis Jasmine.

Jasmine tak tahu, Aki jadi begitu disebabkan kisah lampau yang menyakitkan. Bagi Aki, perempuan semua sama, tidak jujur dan tidak setia. Tapi makin lama mengenali Jasmine Aki jadi selesa. Dari ‘tidak biasa’, dia mula ‘terbiasa’ dengan kehadiran Jasmine.

Tanpa ucapan cinta atau janji setia, tiba-tiba Aki melamar Jasmine dan Jasmine yang sejak awal sudah ada ‘rasa’ di hatinya buat Aki terus setuju.

Tapi payahnya mendengar lafaz cinta dari bibir Aki buat Jasmine ragu-ragu, wujudkan cinta di hati Aki untuknya?

“Betul ke kita berkongsi perasaan yang sama, Aki?”– Lis Jasmine

“Tak cukup ke usaha saya membahagiakan awak selama ni?” – Aki Razin

Mampukah mereka bahagia andai di dalam hati masing-masing tertunas keraguan? Bisakah mereka saling setia andai kata cinta tidak pernah diungkapkan?

CONTACT US