IDEA KREATIF

BUKAN LELAKI TERINDAH - NANI YUHANNA

MYR22.00 MYR20.00

“Cinta itu... bila kita mempunyai perasaan yang sama. Jika salah seorang sudah berpaling, bukan lagi cinta namanya.” Aisya 

Kecewa apabila Zulfan yang dicintai sekian lama tiba-tiba beralih kasih pada Dania. 

Empat tahun yang sia-sia tanpa penyudah. 

Pertemuannya dengan Izdiyad, pemilik suara husky yang sangat sukar untuk mengukir senyuman itu meletakkan Aisya dalam situasi kurang senang apabila lelaki itu kerap menjadi saksi kekecewaannya secara tidak sengaja. 

“Cinta memang buta tapi kita yang celik ni jangan butakan mata sebab cinta.” – Izdiyad. 

Bagi Izdyad, kisah lampau menjadikan dia prejudis pada cinta. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Aisya telah meletakkan hatinya di tempat yang sukar. 

Sangka Aisya, Izdyad tidak sama dengan Zulfan. Dia boleh letakkan harapan pada lelaki itu. Tapi sangkaannya silap. Rupanya, semua lelaki yang dia kenal adalah sama. 

“Saya tak sangka rupanya awak macam ni orangnya.” - Aisya 

“Apa yang awak harapkan dari saya, Aisya? Seorang lelaki yang budiman? Yang sempurna? Malangnya, diri saya yang berdiri di depan awak ni tak seindah itu.” - Izdiyad 

Benarkah Izdiyad itu bukan lelaki budiman yang sempurna impian Aisya? Atau semua itu satu kepuraan untuk menutup sebuah perasaan?

CONTACT US