IDEA KREATIF

Cinta Berbunga Dusta - Ella Affandy

MYR26.00 MYR24.00

Mengenali Daniel Huzair sebagai bos, Qismina Aliya asyik kecut perut. Selain dari suka marah-marah, kemahiran Daniel ialah membuli.

“Qismi!” – Daniel.

“Encik panggil saya ke?” – Qismina.

Habis tu, panggil siapa? Nama awak Qismi kan? Bukan Qisyu.” – Daniel.

Bermula peristiwa di Sabah, sikap Daniel berubah. Kalau sebelum ini Qismina selalu kecut perut, tapi sekarang seperti ada rama-rama dalam perut.

“Encik tak ada bakat buat kopi.” – Qismina.

“Saya ada bakat buat awak teringatkan saya.” – Daniel.

Bakat Daniel bukan hanya boleh buat Qismina teringatkan dirinya tetapi lebih daripada itu. Rasa yang tumbuh dalam dada untuk encik bos buatkan Qismina rasa terseksa. Daniel sudah ada Nina, si tunang a.k.a anak bos besar tempat mereka bekerja. Bagaimana boleh dia menyelit di hati lelaki itu.

“Bantu saya buang segala rasa dalam dada saya.” - Qismina.

“Bantu saya buang rasa sayang saya pada awak.” - Daniel

Dan kesungguhan Daniel berjaya menyeret Qismina ke alam perkahwinan. Kahwin secara rahsia demi cinta yang sudah membara. Namun, semuanya hanya sementara apabila rumah tangga yang mereka bina goyah di awal perkahwinan.

“You sepatutnya zip mulut you sampai I beritahu Qismina hal sebenar.”- Daniel.

Don’t blame me kalau pelan ni bermula atas idea you.”- Nina.

“Ceraikan saya. Tamatkan semuanya.”- Qismina

Apakah pelan yang dirancang oleh Daniel dan Nina sebenarnya? Benarkah Daniel betul-betul mencintai Qismina atau semuanya sudah dirancang sejak awal pertemuan mereka?

CONTACT US