IDEA KREATIF

DIA YANG AKU INGINKAN - NANI YUHANNA [LIMITED EDITION]

MYR27.00 MYR27.00

Permulaan kisah mereka dalam YANG AKU INGINKAN bukan berlandaskan cinta. Namun, tetap jua cinta itu muncul setelah jalan berliku yang mereka lalui untuk menuju bahagia. 


“Abang cintakan Nia?” - Hania 


“Sangat-sangat.” - Shahrin 


“Abang akan berada di samping Nia?”- Hania 


“Selama-lamanya. Sehingga nyawa terpisah dari badan. In Sha Allah.” – Shahrin 


Kata orang, selagi jasad masih bernyawa, dugaan tak akan pernah terhenti. Kebahagiaan mereka teruji lagi walau ikrar janji telah diberi. Ujian buat Shahrin ialah ketelusan manakala ujian buat Hania adalah kepercayaan. 


“Siapa lelaki tu?Apa tujuan Nia berbual mesra dengan lelaki tu depan abang? Nak sakitkan hati abang? Nak nampakkan yang abang ni macam orang bodoh? - Shahrin.


“Tak ada sesiapa! Dia hanya kawan.” - Hania 


Wasangka itu penyakit hati yang memamah sedikit demi sedikit kepercayaan. Itulah yang berlaku antara mereka. Dek terlalu mengikut rasa hati dan kecewa, mereka ‘terlupa’ yang perasaan sangsi itulah yang hampir meranapkan impian mereka satu masa dahulu. 


Mampukah mereka pertahankan cinta yang mereka miliki di saat kepercayaan mereka semakin sirnar?

CONTACT US