IDEA KREATIF

HANYA DIA...CINTA - FARAH HUSAIN - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR20.00

Pertama kali dia terpandang Zara, hati Adhan sudah diusik satu rasa. Si gadis manis cuba didekati tapi entah mana silapnya, payah betul dia hendak dapatkan hati si dia.

“Ya Allah! Kenapa susah sangat nak bercakap dengan you ni! You faham tak, I tak nak! Tak mahu! T.A.K M.A.H.U!” ~ Zara Harlina

Tapi kalau dah namanya Adhan Mikhail, apa yang dia nak, itulah yang akan dia dapatkan.

“Tapi I nak. I mahu. M.A.H.U. Mahu!”~ Adhan Mikhail

Dengan penuh sabar, Adhan cuba mendapatkan cinta seorang Zara. Namun semuanya tidak semudah yang disangka. Kesabaran Adhan sering dicabar dengan kedegilan Zara.

No! Dengar sini Adhan. You tak nak I buat perangai budak-budak kan? Ok. Ini I, nak jadi dewasa. Jangan. Ganggu. I. Lagi. I. Don’t. Want. You. Faham?” ~ Zara.

Sabar sudah sampai ke hadnya. Akhirnya Adhan akur dengan permintaan si dia.

I’m done. I akan beritahu keluarga I it’s over. I takkan cari you lagi. Kita lupakan saja semua ini. I’ll leave you alone. Anggap saja memang dah tak jodoh antara kita.” ~ Adhan.

Namun kalau takdir dah tertulis yang Adhan itu untuk Zara, jodoh itu akan tiba juga.

I want you to be my happily ever after. I want you to be my soul mate till Jannah.”~ Zara

“Insya Allah, Zara Harlina.”~Adhan.

Fasa baru dalam hubungan mereka bermula. Hidup berumahtangga tak semudah yang disangka rupanya. Ujian demi ujian melanda hingga sampai ke satu tahap, Zara hampir hendak berputus asa. Kata dua diberi pada si suami.

“Zara akan pergi. And I won’t be coming back too,” ~ Zara

Apakah yang akan dilakukan Adhan? Menyerah pada keadaan atau bangkit mempertahankan hubungan mereka? Mampukah kedua-duanya mengharungi ujian yang sedang diberi?

CONTACT US