IDEA KREATIF

ISTERI ENCIK SAYANG - CIK AMAL AMINA

MYR26.00 MYR24.00

“Aku ceraikan kau, Amna Binti Adam dengan talak satu.” – Hadi

Tak sampai sehari memegang gelaran isteri, dia diceraikan. Bertahun dia merawat hati. Membina kembali kepercayaan kepada lelaki dan juga namanya perkahwinan.

Empat tahun berlalu...Masa merubah seorang Amna. Tiada lagi Amna yang gemuk dan berjerawat. Yang ada hanyalah Amna yang persis model. 

Dan statusnya juga berubah. Daripada janda, kini menjadi tunangan Ahmad Isyq Iman. Lelaki yang mulutnya tak pernah ada insurans.

“Jadi perempuan ni, jangan murah sangat air mata tu. Simpan sikit untuk yang layak.” – Iman

Dalam Amna masih berbolak-balik untuk terima Iman menjadi suami, muncul kembali Hadi yang ajak dia menikah semula. 

Alasannya, Amna dah cantik. Tak hodoh macam dulu.

“Am tak percaya ke abang rindukan Am? Empat tahun abang pendam.” - Hadi

Antara Iman dan Hadi, siapa yang harus Amna pilih? Iman tunang yang tak pernah diiktiraf. Atau bekas suami yang pernah dia cinta sepenuh hati dahulu?

CONTACT US