IDEA KREATIF

J&J (JODOHKU DAN JANJI-NYA) - SUZANA SULAIMAN - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR23.00 MYR23.00

Terkejut. Terkedu. Terkesima. Itulah perasaan Nur Jannah Zahraa ketika ‘dilamar’ oleh seorang lelaki yang baru sahaja dikenali.

Saya nak jadi yang istimewa dalam hidup awak, Jannah,” akui Jihad jujur. Memandang tepat ke dalam mata Jannah.

Kenapa?” berkerut dahi Jannah.

“Saya tak ada jawapan untuk soalan tu.”

“Mustahil!”

“Yang saya tahu, jantung saya berdetak hebat apabila saya dekat dengan awak.”

“Ayat player tu, Jihad.” Jannah ketawa sinis.

“Saya bukan player, Jannah. Saya tak bohong.”

Then, you must be crazy. You don’t even know me.

Love is kinda crazy.”

Ya! Cinta itu gila, sama gila dengan encik lawyer yang bernama Jihad Mikael. Sekuat mana Jannah menolak, sekuat itu juga takdir merapatkan mereka sehingga akhirnya Jannah mengalah.

“Jihad Mikhael, will you take me as your wife?” Jannah membuka mata dan memandang tepat wajah lelaki itu.

Pandangan mereka bertaut lama. Seperti ada sesuatu yang menghalang mereka mengalih pandang.

Can... can you say that again?” Jihad bagai tak percaya. Sungguh dia tidak sangka! Jannah melamarnya!

Adakah perkahwinan mereka merupakan titik sebuah bahagia? Bagi Jihad, dia memang sudah lama bersedia. Cuma Jannah yang masih ragu-ragu. Trauma hidup penuh keperitan masa lalunya buat dia rasa rendah diri.

“Bagaimana kalau saya tak dapat membahagiakan awak, Jihad?”

“Kebahagiaan itu telah menjadi milik saya di saat awak melamar saya, Jannah. You made me a happy man since then.”

CONTACT US