IDEA KREATIF

JIKA INI CINTA - ILLA SHANAHILA [LIMITED EDITION] - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR26.00

Ana Najwa - Jadi jutawan dalam perniagaan sebelum umur 30 tahun dan menjadi isteri kepada Izzat adalah impiannya. 

Namun bila lukisan takdir tidak berpihak padanya, seorang Ana Najwa mula jatuh tersungkur dengan pelbagai dugaan. Kepercayaannya dikhianati dan kesedihannya berganda bila mendapat berita yang perit untuk diterima.

Nasrin - Dia bukanlah yang pertama di hati Najwa. 

Namun cinta yang ada dalam hati terlalu menginginkan dia jadi yang terakhir untuk gadis yang dicintai. Kecurangan Izzat terhadap Najwa bagaikan memberi dia nyawa untuk merebut hati gadis itu.

“Kau jangan sesekali nak samakan aku dengan dia. Ini bukan simpati, Ana Najwa. Ini cinta.” - Nasrin

“Kalau betul ini cinta, tolong pimpin aku ke syurga.”- Ana Najwa.

Nasrin mengajar Najwa erti cinta yang sebenarnya. Hati Najwa mula rasa suka dan jatuh cinta. 

Namun keadaannya tidak mengizinkan untuk dia terus mencintai Nasrin selama yang dia inginkan. 

Mereka mencipta impian untuk bersama selamanya. Tapi, lakaran takdir mendahului semua yang diimpikan.Apakah harapan yang mereka kumpul untuk bahagia bersama mampu mengatasi ketentuan yang telah tertulis?

CONTACT US