IDEA KREATIF

KALAU ADA JODOH 2 - MIMIE AFINIE - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR27.00 MYR24.00

Hidup bersama Pyan, tak ada apa yang kurang buat Rini. Pyan yang sentiasa menghiburkan, Pyan yang kekal penyayang. Hidup mereka makin berseri bila dikurniakan cahaya mata.

Tapi yang Rini peningnya, si kecil baru empat bulan, Pyan dah minta anak lagi.

"Masa kita muda nilah nak tambah anak pun."-Pyan

"Memanglah. Tapi bagilah can umi kurus dulu."

"Badan umi dah kurus dah."

"Tapi belum betul-betul kurus lagi."

"Umiiii...." Pyan dah mula merengek

Rini pula memang tak boleh kalau si suami merengek. Hati terus jadi lemah.

Hidup mereka penuh rencah bahagia. Rini tak pernah sangka, Pyan yang dia tak sukai sebelum ni, boleh menjadi lelaki yang paling dia sayang. Bersama Pyan, dia jadi lupa tentang kelukaan lalu bersama Faris.

Tapi, siapa sangka, lakaran hidupnya masih ada ujian. Dalam asyik menyulam bahagia, satu insiden telah membuatkan Pyan berubah. Pyan buat dia macam tak ada perasaan.

"Yang malam tadi tu, saya tak sengaja..." Pyan pintas sebelum sempat Rini bersuara.

"Tak sengaja atau sengaja nak puaskan nafsu awak tu?" Berombak dada Rini akibat marah. Suara yang tadinya perlahan dah jadi tinggi.

"Awak buat saya macam perempuan murahan. Macam perempuan yang tak ada harga diri. Kalau betul dah jijik dengan saya, kenapa masih nak simpan? Kenapa tak lepaskan saja?"

Memang Pyan tak halau dia. Tapi, kalau diri sudah tidak dipedulikan lagi, buat apa dia jadi tunggul dalam rumah sendiri? Dia ambil keputusan untuk pergi.

Dan saat dia menangisi nasib diri, Faris datang menghulur bahu.

"Susah Rini, susah abang juga. Abang tak akan biarkan Rini tanggung sendirian. Abang akan sentiasa ada bersama Rini." - Faris

Memanglah Faris tak pernah jauh darinya. Tapi, hatinya tak mahu yang lain. Dia cuma mahu Pyan.

Apa akan jadi dengan rumah tangga mereka bila masing-masing hanya memendam rasa dalam dada? Apakah jodoh kedua Rini ini akan musnah seperti musnahnya ikatan dia bersama Faris dulu?

CONTACT US