IDEA KREATIF

KALAU SAYANG KATALAH SAYANG - FAZUIN - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR24.00 MYR21.00

Lelaki yang bernama Abang Joey itu memang Malia tak suka. Kaki buli dan selalu buat perangai tak serupa orang. Kalau tak ikut cakap dia, menjerit macam tarzan.

“Abang kira sampai tiga. Kalau tidak abang angkat.”

Kan dah cakap. Benci!

Dari zaman universiti, Malia memang dah jatuh cinta dengan Zakuan. Dan dia berharap lelaki itu juga turut menyintainya. Tapi, luluh hatinya bila tiba-tiba Zakuan memilih rakan mereka, Anna sebagai teman hidup.

Ketika Malia dilanda kecewa, Abang Joey yang dia tak suka itulah datang sebagai hero menghulur tangan. Dan... Malia nekad terima Abang Joey walau tanpa cinta di hati.

Pun begitu, saat cinta mula membenih, ada rahsia yang terbongkar. Abang Joey dikatakan penyebab kenapa Zakuan memilih Anna.

Benarkah begitu? Jika benar, apakah Malia sanggup berpaling meninggalkan Abang Joey untuk Zakuan?

“Lia ni perempuan bang. Perempuan jarang yang buat perangai.”

“Sebab jarang tu lah abang takut. Takut abang yang terpilih untuk dapat isteri curang.”

Makan dalam juga kata-kata tu. Jadi, aku putuskan untuk tutup mulut saja.

CONTACT US