IDEA KREATIF

KAU KEKASIH GELAPKU - QUE SERA SERA

MYR26.00 MYR23.00

Kata Addi, Rihanna gadis pelik.

Tapi bagi Rihanna, pelik itu dah sinonim dengan dirinya. Dia bukan manusia biasa. Dia hibrid Demon dan Nian. Dia gadis luar biasa yang berkawan dengan ‘hantu cantik’. Sebagai pemilik Pedang Siluman, dia menjadi pengimbang kuasa antara dua dunia.

Di dunia gelap, dia harus membuat pilihan, sama ada memilih Darius, sang panglima dunia gelap di Royal Belum atau Ryuu, penjaga Istana Terapung di dunia Nian.

"Kau milik aku, Rihanna. Selama-lamanya. Tak mungkin kau bersama dia!" ~ Darius

“Aku tak akan pulangkan Rihanna pada kau!” ~ Ryuu

Di dunia manusia, Rihanna telah memilih Addi. Namun cintanya dikhianati apabila Addi menduakannya. Darius datang menyelamatkan Rihanna. Ingatannya dihilangkan demi keselamatan. Rihanna lupa siapa Addi, lupa kehidupannya di dunia manusia. Tika dia tercari-cari ingatannya yang hilang, Rihanna dilarikan ke dunia yang lebih gelap.

Hilangnya Rihanna, muncul Ayuna yang mirip Rihanna. Pedang Siluman sudah ada tuan baru. Terperangkap dengan rindu Addi pada Rihanna dan buruan Darius yang dahagakan darahnya, Ayuna mengharapkan Shaqir untuk melindunginya. Tapi mampukah Shaqir melindungi Rihanna daripada magis Damien?

“Lepas kau pikat hati aku, senang-senang aje kau campak tak tentu hala!” ~ Shaqir

“I dah lama sukakan you. Sejak kita kecil. I pernah tanya mama...kalau suatu hari nanti I nak kahwin dengan you, boleh ke? Mama jawab, tentulah boleh sebab you dan I bukan adik-beradik.” ~ Damien Aizat Ho

“Saya bukan Retno Dumilah! Dan juga bukan Rihanna. Saya Kapten Rihanna Ayuna Aizat Ho!” ~ Ayuna

Siapa Ayuna sebenarnya? Adakah dia Rihanna yang hilang? Berjayakah Addi mendapatkan semula cintanya? Berdayakah Shaqir melindungi Ayuna yang luar biasa? Mampukah Damien membawa Ayuna lari daripada Darius, Ryuu dan Shaqir? Dan Darius...apa mahunya memburu Rihanna dan Ayuna?

~Karya bergenre dark fantasy romance ini mengupas kisah cinta bersegi-segi antara manusia dengan demon. Beranikah anda mengembara ke dunia gelap memburu cinta terlarang dan menyaksikan kesudahannya?~

CONTACT US