IDEA KREATIF

KERANA AKU ISTERIMU - NIA ADAHAYS - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR22.00

Mereka berkahwin bukan atas dasar cinta tapi kerana mahu melindungi.

“Kahwin dengan saya? Saya tak nak awak terus-terusan diganggu dan saya tak mampu nak lindungi awak sentiasa.” – Samar Izham.

"Adakah awak yakin yang saya akan selamat bila jadi isteri awak?"- Nadiah Husna

Di situlah permulaannya. Lelaki bermata hazel yang dia temui tiga tahun lepas tiba-tiba muncul saat dia sedang diganggu oleh Faiz. Cukuplah dia bazirkan masa menjadi kekasih Faiz, lelaki psiko yang suka mengugut dan rasanya putus adalah keputusan tepat.

Demi keselamatan, dia terima Izham. Dan dia pegang kata-kata Izham yang perkahwinan mereka hanya untuk memastikan dia dilindungi.

“Takkanlah dapat suami hot macam tu pun kau tak tergugat?”

Memang tergugat pun sebab ‘hot’ sangat sampai hati aku pun ‘hot’ dengan perangai dia yang tak dapat nak dijangka tu.

Hot celah mananya dia tu?” Aku pandang Hannah minta penjelasan.

“Tahap hot dia tu, ramai yang akan beratur kalau kau tak nak dia." Selamba aje Hannah ni cakap dekat aku. Aku ni dah jadi isteri dia tahu tak. Agak terkesanlah sikit dalam hati.

Hidup sebumbung, lama-lama hati tergugat juga. Apatah lagi Izham sudah menukar pengakuan, sebab utama lamarannya kerana cinta. Melindungi itu sebab kedua.

Bila rumah tangga mereka mula ditumbuhi bunga cinta dan bahagia, Farah Najiha pula muncul.

“Tak marahkan Izham ke sebab dia kahwin dengan saya?” – Nadiah Husna.

“Tak, sebab saya boleh dapatkan dia balik.” – Farah Najiha

Siapa sebenarnya Farah Najiha? Apa akan jadi pada rumah tangga mereka bila Faiz muncul kembali? Dan.. akan teguhkan kasih Husna bila rahsia siapa sebenarnya Izham terbongkar?

CONTACT US