IDEA KREATIF

LULUH- EZZA MYSARA - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR30.00 MYR27.00

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bagaimana pula jika terlebih kenal hingga hilang rasa cinta?

“Maaf. Saya memilih untuk tinggal di hati yang lain.” Haura Ameena.

“Saya mencintai awak sepenuh hati, tapi awak sekadar menyintai saya separuh hati?” Ariq Zafri.

Haura yang degil. Haura yang ego. Tapi kenapa masih Haura yang bertahta dalam hati Ariq? 

Demi menyelamatkan Haura dari lelaki seperti Muaz, Ariq merancang sesuatu.

“You kahwin je dengan Ariq. Buat dia terseksa. Bila dah tak tahan, mesti dia akan ceraikan you.” - Muaz.

Bermacam masalah dilakukan Haura untuk menjentik kemarahan Ariq setelah mereka berkahwin. 

Namun kesabaran Ariq bagai tiada batasnya. Sehinggalah sesuatu terjadi membuatkan Ariq mengalah.

“Tolong bahagiakan saya walaupun secara berpura-pura. Saya tak mintak lama, sebulan je. 

Bahagiakan saya walaupun ianya cuma satu lakonan.” - Ariq Zafri.

Maka, bermulalah kisah kebahagiaan rumahtangga mereka. 

Masalahnya, benarkah semua itu hanya satu lakonan atau Haura akan sedar bahawa sisa cintanya pada Ariq masih belum terpadam? 

Bagaimana pula dengan Muaz? Adakah lelaki itu akan tinggal diam dan membenarkan Haura bahagia?

CONTACT US