IDEA KREATIF

Mengejar Sempurna - Hera Hashim

MYR27.00 MYR25.00

“Kenapa aku? Kenapa kau terus jumpa ayah aku? Kenapa kau tak terus cakap dengan aku?” – Zahra.

"Aku tak pernah bercinta. Sebab tu kut aku 'minta' kau terus dari ayah kau. Bagi aku, cara begitu lagi terhormat.” – Naqib.

Dua kali kecewa bercinta, Maria El-Zehra agak ragu-ragu untuk terima Naqib. Tapi atas sokongan keluarga dan Naqib adalah jawapan pada istikharahnya, Zahra akur.

Menjadi isteri pada Ahmad Naqib Ramadhan ketika diri masih bergelar pelajar, bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi bila ramai perempuan yang terlebih suka pada pensyarah hot itu. Terkadang, Zahra tak boleh lari dari rasa cemburu.

“Tahu tak saya masih sakit hati?” – Zahra.

“Tapi sayang aku lebih besar dari rasa sakit hati kau tu. Tak kisahlah sepuluh orang Tyra sekali pun yang datang, aku nak kau tahu yang aku pilih kau untuk jadi isteri aku, bukan sesiapa yang lain.”- Naqib.

Tapi itu hanya masalah kecil. Yang lebih sukar dari itu ialah nenek Naqib sendiri dan juga Balqis.

“Sepatutnya saya yang berada di tempat Zahra.”- Balqis.

“Balqis memang pilihan aku untuk Naqib sejak dulu.” Nek Salbiah.

Balqis itu adalah anak Tok Penghulu yang baru pulang dari Mesir, yang memang sudah dijanjikan untuk dijodohkan dengan Naqib. Satu persatu kelebihan Balqis yang terlihat menjadikan Zahra rendah diri. Dan sikap suka memendam Zahra buatkan segalanya jadi makin rumit.

“Kau cakap kau sayang aku. Kenapa kau buat aku macam ni?” – Naqib.

"Benda macam bodoh, tapi kalau orang dah sayang memang sampai sanggup bodohkan diri sendiri. Zahra sakit, Naqib pun sakit."- Aryan

Apa yang telah Zahra lakukan sehingga mereka berdua sama-sama menanggung sakit? Adakah sayang dan cinta tidak cukup untuk mereka kekal menjadi suami isteri?

CONTACT US