IDEA KREATIF

[LIMITED EDITION] MENGUKIR BAHAGIA [IDEA KREATIF PUBLICATION]

MYR35.00

* Versi terbit semula dengan laras bahasa baru dan pertukaran plot(Revamp)* . 

Sinopsis : 

“Jika menjadi isteri you tidak memungkinkan I untuk hidup bahagia, you lepaskan I, Zahim.” – Tasya.

Itu permintaan Tasya di hari pertama dia bergelar isteri apabila Zahim membuktikan perkahwinan mereka bukan atas kemahuan sendiri. Tapi, Zahim tetap pergi tanpa sepatah kata. Empat tahun berlalu, mereka ditemukan kembali. Waktu itu, ijab dan kabul masih belum terlerai. Dan bila Tasya mahu leraikan segera, Zahim pula yang enggan menurut. 

“I dan Haris dah berjanji untuk berkahwin dan seeloknya kita selesaikan masalah kita segera.” - Tasya

“Beritahu Haris, hak I akan terus menjadi hak I sampai bila-bila. Tak ada sesiapa pun boleh sentuh walau seinci.”- Zahim 

Bila Zahim mahu mereka lupakan kisah lama dan diberi peluang kedua, Tasya pula berkeras menolak. 

“Mati hidup semula pun you tak akan mungkin dapat peluang itu, Zahim. Dalamnya luka yang you tinggalkan di hati I tak mungkin akan sembuh walau untuk seribu tahun lagi.”- Tasya 

Tapi, apa akan jadi bila mereka ‘terlanjur tanpa sedar’ dan ianya membenihkan satu nyawa? 

Dan mampukah Haris menerima kenyataan orang yang dia cintai selama ini rupanya isteri sahabat sendiri?

CONTACT US