IDEA KREATIF

MI VENENO [HARD COVER] - HUDANAJWA [IDEA KREATIF PUBLICATION]

MYR60.00

Tengku Aadyan Ruiz atau ACE, pewaris tunggal Royal Airline dan Holy Dragon yang merupakan pembekal senjata berlesen milik keluarganya. Dia membesar dengan menyaksikan banyak pengkhianatan yang dilakukan oleh orang terdekatnya membuatkan dia benci kepada pengkhianat

Thea Radea, anak perempuan kepada Thariq Ridzuwan dan Husniya Radwa. Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan keselesaan dan kesenangannya membuatkan dia menjadi seorang yang Narsistik.

“Kenapa kau nak kahwin dengan aku secepat mungkin?- Thea Radea.

“Because I want to protect you, my wife. - Tengku Aadyan.

“Just because I’m a woman, doesn't mean I can't protect myself.” - Thea Radea.

“I'm not protecting you because you're a woman. I'm protecting you because you're my woman. – Tengku Aadyan.

Perkahwinan mereka ibarat memberi sinar baru buat Tengku Aadyan untuk meneruskan hidup. Namun, tanpa dia sedar, Thea sebenarnya hanya mempergunakannya untuk mendapatkan apa yang dimahukan.

Pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakukan oleh Thea menghancurkan sekeping hati milik Tengku Aadyan.

What an unexpected betrayal...” -Tengku Aadyan

“Kau ibarat sebuah trofi untuk ditunjukkan pada semua orang. Lelaki hebat yang dikagumi ramai ini adalah suami aku. Kau adalah senjata rahsia aku sebab aku tahu, I just need to point at the target and you'll shoot.” - Thea Radea.

Thea berkali-kali menghancurkan hati dan kepercayaan suaminya namun Tengku Aadyan tidak pernah jemu memaafkan dan melindungi isterinya. Harapannya agar Thea berubah walaupun dia tahu semua itu hanyalah sia-sia.

Mampukah Tengku Aadyan terus bertahan sedangkan isteri yang mahu dilindungi sebenarnya adalah musuh yang menyerang.

CONTACT US