4 cerita bergabung di dalam satu naskhah.
- · Sentuh Hati Dia – Hani Fazuha
- Haraz Iskandar, berjanji pada diri untuk berubah. Cinta dan perempuan cuba dielakkan. Tapi Tuhan tetap mahu mengujinya dengan cinta dan perempuan. Mungkinkah Zaira itu ujian terakhir untuk dia menuju bahagia?
- · Sean – Ezza Mysara
- Demi menyelamatkan rumah tangga rakan baiknya, Sean mengatur langkah mengenali Nelysa. Ada rahsia yang tersingkap. Mampukah Sean melenturkan dendam Nelysa?
- · Yang Terbaik – Emy Roberto
- Ain dan Adnan, kisah dua insan yang berkahwin atas aturan keluarga. Namun dengan kehadiran orang ketiga, mampukah keduanya kekal bersama atau perpisahan yang dipilih?
- · Jangan Putus Cinta – Rina Farizq
- Bagi Hafiz, putus cinta sangat menyakitkan. Hanya Ecah menjadi tempat mengadu dan meluahkan perasaan. Hafiz tak mahu bercinta lagi. Kali ini kalau jumpa yang sesuai, kahwin saja terus! Yang mengejutkan, kenapa Hafiz nak kahwin dengan Ecah pula?