BERHENTI TAGIH CINTAKU - Lynn Azami.
Lama merantau, Irdine nekad untuk pulang. Tapi dia berharap, kepulangannya ke bumi Malaysia bukan untuk dilukai lagi.Namun siapa sangka, orang yang tidak ingin dia temui itu tiba-tiba muncul depan mata.
“Irdine nilah kekasih saya yang ‘hilang’ dulu. Orang yang saya tunggu selama ni.” – Danny Mirza.
Baru hari pertama di tempat kerja, Irdine sudah rasa seperti kepalanya dihentak batu oleh lelaki yang pernah buatkan jiwanya hilang suatu ketika dulu. Lelaki yang buatkan dia merantau jauh.
"Irdine, I sedia bertanggungjawab atas apa yang I lakukan pada you. So please, I'm begging you." – Danny Mirza.
“Don’t bullshit me with your lies, Danny. I tak perlukan you untuk bertanggungjawab. In fact, you don’t have to do anything at all.” Irdine Raisya.
Bagi Danny, dia langsung tak faham mengapa Irdine begitu keras hati. Betul dia pernah lukakan hati Irdine namun, tidak layakkah dia mendapat sebuah kemaafan?
“You nak sambut tangan I aje ke ataupun you nak I cempung you terus?” – Danny Mirza.
“You ni dah macam orang gila talak. I tak faham kenapa you asyik nak kacau hidup I.” – Irdine Raisya.
Mampukah Danny menagih semula cinta Irdine? Apa pula yang disimpan Irdine sehingga Danny dilabel sebagai kesalahan terbesar dalam hidupnya?Dan bila segalanya terbongkar, Danny bagai jatuh terduduk.
"Tell me Irdine, why did you do that? I faham kalau you bencikan I, tapi salah tu salah kita bersama. Kenapa you nak hadap sorang-sorang?” – Danny Mirza.
Ya, mereka pernah melakukan kesilapan. Tapi adakah jalan bahagia akan terus tertutup hanya kerana satu kesilapan?Berjayakah Danny yakinkan Irdine yang mereka masih punya peluang untuk bahagia bersama?