IDEA KREATIF

🔥🔥 PRE ORDER [LIMITED EDITION] ~ APA ADANYA BY LAYDEE AMARFI ~ NOVEL IDEA KREATIF 🔥🔥

MYR28.00

Tertangkap berdua-duaan di dalam suite hotel oleh paparazzi membuatkan kehidupan Hidayu berubah mendadak hanya dalam masa beberapa hari.

Keluarganya dihina. Maruah mereka dipijak. Kehilangan mata pencarian juga memaksa Hidayu menerima lamaran Arif Hakimi. Bukan janji lelaki itu untuk menyiraminya dengan kemewahan yang dipandang, tapi perubahan status sosialnya kelak yang Hidayu inginkan.

“You akan jadi someone yang tak akan jatuh selagi mana you masih ada I berdiri di sisi you.” – Arif.

Tapi takdir sentiasa menyimpan manis dan pahit yang tak pernah dapat ditebak sesiapa. Perjanjian yang mulanya dimeterai atas dasar ‘menang-menang’ tiba-tiba berubah menjadi ‘sayang-sayang’.

“I want to live and die with your hands in mine. Have I ever said that?” – Arif.

“No words needed between us, abang.” – Hidayu.

Segalanya berjalan lancar. Lebih bahagia dan lebih terasa indahnya sehinggalah sesuatu berlaku membuatkan Hidayu mula berfikir dua kali tentang keputusannya untuk terus setia di sisi Arif.

“Kahwin dengan Marsha.” – Hidayu.

“Selagi abang hidup, cuma Ayu saja isteri abang.” – Arif.

Hidup cuma sekali. Laluinya tanpa pernah menyesali apa saja keputusan yang diambil walau sepayah mana pun ujian yang datang menghalang. Mampukah prinsip yang Arif pegang ini dijadikan sandaran sehingga ke titik akhir nanti?

Antara Arif dan Hidayu, siapa yang di penghujungnya akan tunduk menyerah pada takdir? Pahit ataupun manis, semuanya berada di tangan mereka sendiri.

CONTACT US