IDEA KREATIF

🔥🔥 PRE ORDER [LIMITED EDITION] ~ CINTA GADIS FEBRUARI BY ILLA SHANAHILA ~ NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF 🔥🔥

MYR26.00

Ada teman lelaki sejak sekian lama namun status masih ‘It’s Complicated’. Sejak Eddie sibuk bergelar artis, Aaina pula terpaksa makan hati.

Dalam status mereka yang masih tak tahu hujung pangkal, muncul pula The IT Guy yang misteri.

Kata Laila, Jian Ho The IT Guy itu dah biasa buat orang yang pandang dia macam rumput tepi jalan. Kata Amanda pula, kes Jian Ho rapat dengan Aaina adalah kes pelik.

Tapi... lelaki itulah yang jadi penyelamat waktu Aaina kemalangan di malam Eddie putuskan hubungan mereka. Jian jugalah jadi orang yang hantar dia balik kampung. Dan yang paling Aaina tak sangka, The IT Guy dikatakan anak bongsu bos besar tempat dia bekerja! Logik ke?

“I takkan buat you ternanti-nanti benda tak pasti, Aaina. I love you and I want to be with you.”- Jian

Okey! Ini lagi tak logik.

Trauma Aaina yang ditinggalkan kekasih masih belum pulih buatkan dia tak berani terima Jian Ho. Tapi kesungguhan lelaki itu amat sukar ditolak.

“I tak tahu nak cakap apa.” - Aaina

“Tak payah cakap apa-apa. Cukup you tahu yang I suka you.” - Jian

Dan seperti yang Aaina jangka, kisah dia menjadi teman Jian Ho tak semudah yang dikatakan lelaki itu.

“It’s nothing, okay? You can trust me.” -Jian

Dia punya ‘it’s nothing’ tu langsung tak buat sedap hati. Makin runsing adalah.

“You betul-betul tak nak beritahu siapa Irene sebenarnya?” -Aaina

Siapa Irene?

Kekasih sebenar Jian Ho?

Atau isteri simpanan?

Apa yang akan jadi bila Aaina tahu siapa Irene yang sebenarnya?

CONTACT US