Kembali semula ke daerah yang telah lama ditinggalkan, bermaksud kisah silam yang cuba dilupakan akan tersingkap kembali. Tapi demi ibu, Aina redah juga.
“Saya masih cintakan awak, Aina. Saya sanggup berpisah dengan Maria.” – Fiqree
“Kau jangan nak buat dosa kering, scandal dengan laki orang.” - Zahran
Fiqree adalah kisah silam Aina. Lelaki kayangan anak jiran depan rumah. Dan Zahran pula, anak jiran sebelah rumah, lelaki yang tahu rahsia kisah cinta mereka.
“Abang ikut adat. Nak anak, kena minta izin dengan ibunya.” - Qalam
Mohd Qalam pula, anak penghulu kampung, jiran belakang rumah yang muncul menambah perisa. Hidup Aina terus jadi kucar-kacir. Tak cukup dengan itu, peristiwa paling buruk tiba-tiba melanda dirinya. Dan tanpa disangka, Zahran hulurkan untuk membantu.
“Mak aku yang nak aku kahwin dengan kau.” - Zahran
“Yang nak hidup dengan aku tu, kau. Bukan mak kau.” - Aina
“Hidup jer la macam biasa. Tak mati pun kalau kau kahwin dengan aku.” - Zahran
Betul, memang tak mati pun kalau kahwin dengan Zahran. Tapi Aina boleh mati berdiri dengan mulut bisa lelaki itu.
Memilih Fiqree, bermaksud Aina akan digelar perampas seumur hidup. Memilih Qalam, bermaksud Aina akan hidup dengan menelan hati sendiri. Dan memilih Zahran, Aina mungkin akan sentiasa lari balik ke rumah ibu.
“Aku ni nampak macam anak mak sangat ke sampai kau fikir aku buat semua perkara sebab mak?” - Zahran
Di akhir cerita, hanya bahagia yang Aina mahu. Tapi siapakah sebenarnya yang mampu memberi bahagia itu? See LessLIMITED EDITION