IDEA KREATIF

MISI KAHWIN PAKSA - CIK AMAL AMINA [IDEA KREATIF PUBLICATION]

MYR24.00

Safa terima Ilhan sebagai suami, bukan sebab dia cinta tetapi sebab abah yang mahu. Demi sayangnya pada abah, Safa turutkan walau hakikat sebenar, dia memang tak sukakan lelaki itu.

“Saya. Benci. Awak.” – Safa.

“I hate you more.” – Ilhan.

Sejuta kata benci pun, Safa tetap akur untuk menjadi isteri pada Ahmad Ilhan Bin Muhamad Hambali. Tapi, Safa ada misi sendiri.

“Perjanjian apa ni, Safa?” – Ilhan.

“Misi kahwin paksa.” – Safa.

“Kahwin paksa apanya kalau kena tidur sebilik dan sekatil?”- Ilhan.

Ya! Misi kahwin paksa Safa, lain dari yang lain. Dia mahu menukar rasa benci menjadi sayang dan cinta. Sudah bergelar suami isteri, hanya jalan itu yang dia nampak.

“Setiap hujung minggu ialah masa suami isteri dan keluarga, bukannya kerja. Kalau pergi juga kerja, Ahmad Ilhan wajib cium bibir Safa sebanyak 10 kali sebagai upah.” – Safa.

Bukan mudah buat Safa mahu mendapatkan kerjasama dari Ilhan. Si suami sebenarnya bencikan semua wanita terutama sekali emak kandung sendiri.

Bila misi nak berjaya dan bahagia mula menjelma, tiba-tiba badai melanda. Maruah diri Safa menjadi pertaruhan dan kasih sayang abah disalah erti.

“Lepas ni, tolong jangan dekat dengan abah. Belajar lupakan abah. Sebab abah bahaya untuk awak, Safa.” – Ilhan.

“Tolong ceraikan saya, Ilhan. Ceraikan saya kalau ternyata saya ni masih suci. Anggap kesucian saya tu sebagai pampasan untuk perceraian kita.” – Safa.

Yang memisahkan hubungan suami isteri ialah perceraian. Adakah akan terjadi perceraian yang bakal memisahkan hati dua insan yang sedang belajar bercinta?

Atau… Safa akan kekal sebagai yang halal di sisi Ilhan?

CONTACT US