IDEA KREATIF

🔥🔥 READY STOK~ SEMANIS WARDA BY SUFEA HAREEZ ~ NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF 🔥🔥

MYR26.00 MYR24.00

Satu tamparan hebat buat Warda apabila si tunang terpaksa berkahwin dengan Amilin, adik tiri Warda sendiri. Sedih dan kecewa berganda-ganda apabila si ibu tiri pula meminta dia berpindah dari rumah.

Akur dengan si ibu tiri, Warda pindah. Dan tanpa Warda sedar, tangis dan rintihannya setiap malam menjadi perhatian jiran sebelah.

Kebetulan yang manis apabila bertemu, rupanya mereka adalah kenalan lama dan lebih manis lagi bila tahu cef Hamzah itu adalah pemilik restoran kegemaran Warda.

“Adanya saya, Warda takkan menangis lagi.” – Hamzah.

Tak bertangguh, Hamzah nekad mengubah haluan cinta Warda ke arahnya. Memujuk Warda agar tidak terus merintih dengan takdir hidup. Dan Warda pula nekad memutuskan pertunangan dengan Sufyan untuk terima Hamzah.

Tidak habis di situ, perkahwinan yang bahagia antara Warda dan Hamzah menimbulkan cemburu di hati Amilin. Dia cuba pula untuk merampas Hamzah dari Warda.

“Warda tahu Am tak suka tapi mulut ni tak boleh tahan kalau dengan Amilin.”– Warda.

“Mulut Warda tu nanti Am ajar dalam bilik . Biar lepas ni baik sikit.” - Hamzah.

Sedang kepercayaan dan kejujuran mereka diuji, Sufyan kembali menagih cinta.

“You minta cerai dan kita teruskan rancangan asal. Kita nikah sebaik you habis idah.” – Sufyan.

Apakah cinta Warda akan mudah beralih arah dari Hamzah kembali pada Sufyan? Dan kenapa Amilin terlalu berdendam pada Warda?

CONTACT US