IDEA KREATIF

RAJUK KARINA - SUFEA HAREEZ - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR26.00 MYR23.00

“There's no love for her. Maaf, Mizan takkan kahwin dengan Karina." – Mizan

Penolakan Mizan atas cadangan opahnya buat Karina kecil hati. Ya, dia tahu mereka sepupu tapi masih sah nikah. Lantas, hati cuba dialihkan pada Saiful. Karina yakin Saiful adalah jodohnya. Dia terima Saiful tanpa syarat. Tapi, Saiful pula buat hidupnya tersekat.

“I tak nak you berhubung dengan Mizan lagi lepas ni.” – Saiful.

Syurga yang diharap, onak dan duri pula memenuhi ruang. Diceraikan oleh Saiful ketika sarat mengandung akibat orang ketiga buatkan Karina nanar.

Namun, dia perlu kuat demi Batrisya. Dan dia bernasib baik kerana masih ada Mizan di sampingnya.

“Abang sayang Kar.” - Mizan.

Sayang yang Mizan lafazkan bukan sayang adik-abang macam dulu lagi. Tapi sayang itu sudah berubah rentak. Tapi kali ini, Karina lebih hati-hati.

“Susah-susah sangat, Mizan bawa Kar ke Siam. Nikah kat sana.” - Mizan

“Ingat sikit, belum kahwin lagi. Jangan suka-suka redah bilik Kar.” – Opah

“Opah tolonglah marah cucu Opah yang sorang ni. Otak dia dah tak betul!” - Karina

Bila Karina sudah boleh terima Mizan, ada satu rahsia pula yang terbongkar. Dan Karina mula salahkan Mizan.

“Majlis pernikahan kita tetap akan berlangsung. Terpulang pada Kar nak datang atau tidak.” Mizan

Apa sebenarnya Rahsia yang Mizan simpan sehingga Karina mahu membatalkan pernikahan mereka?

Dan keputusan Karina nanti pasti akan mengubah sekali lagi paksi hidupnya.

CONTACT US