IDEA KREATIF

[LIMITED EDITION] SAAT KAU HADIR DALAM HIDUPKU - XUANZA [IDEA KREATIF PUBLICATION]

MYR33.00

Menjadi pemandu peribadi pada Puan Sri Khaleeda, tak adalah susah sangat buat Dania Khalishah. Tapi yang susahnya bila berdepan dengan dua anak bujang wanita itu.

“Oh! Terlupa la pula orang tu ada masalah otak. My bad!” - Eddy

Going with the flow is soothing but risky. Hati-hati bila ikut arus. Jangan sampai you lemas.” – Ridz.

Eddy, si adik yang bengong dan Ridz, si abang yang bersahaja tetapi auranya sangat luar biasa. Benar mereka berdua sangat berbeza tetapi memberi pelbagai warna dalam hidup Dania.

Makin hari, dua lelaki itu buat Dania keliru. Eddy akhirnya menjadi teman baik yang memahami dan Ridz pula sering ada saat Dania perlukan bantuan.

Dan kekeliruan jadi berganda bila Puan Sri Khaleeda menghantar rombongan meminang. Walid pula mendesak untuk menerima. Masalahnya, siapa yang mahu dijodohkan dengan Dania, Eddy atau Ridz?

“Kenapa kau suka aku?” – Dania

Because for people like us, resistance is a way of life.” – Eddy

Benar! Eddy ada persamaan dengan Dania tapi mampukah persamaan itu dapat membina satu ikatan perkahwinan?

“Kenapa you pilih I?” – Dania

“You’re not an option but a priority.” – Ridz

Benarkah Dania bukan satu pilihan tapi keutamaan yang diletakkan pada tempat yang tertinggi? Akan kukuhkah ikatan perkahwinan berlandaskan kata-kata itu?

Sungguh hubungan yang melibatkan perasaan adalah perkara paling rumit dalam hidup Dania. Dan bila melibatkan kekeliruan, hati jadi takut untuk membuat keputusan.

“Kalau betul hidup penuh dengan pilihan, kenapa I tak jumpa pilihan yang I nak?” – Dania

“Mungkin sebab you tak cari betul-betul pilihan yang you mahukan.” – Ridz.

Persoalannya, siapakah yang mampu mencairkan hati seorang Dania? Apakah yang telah terjadi sehingga Dania hilang keyakinan bila melibatkan hati dan perasaan?

CONTACT US