IDEA KREATIF

SCARLET CINTA - SHAZE ALMA - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR24.00

Mengenali Khairul Shah, pelajar paling hot yang menjadi perhatian di universiti, hidup Farisya jadi serabut. Bagi Isya, Shah itu lelaki yang suka menyusahkan hidupnya.

Tapi, makin lama mengenali lelaki itu, tanggapannya jadi berbeza. Sikap ambil berat Shah buat mereka jadi serasi. Cumanya, Shah suka bermain tarik tali.

Dan bila tiba-tiba percaturan keluarga mahukan Isya mengahwini Fariz, bermulalah kisah yang rumit. Fariz itu kekasih Liza, kawan merangkap roomatenya. Mana mungkin dia mampu terima. Orang yang dia harapkan menyelamat keadaan pula buat tak endah. Jadinya, dia hanya ada Shah untuk dijadikan sandaran.

“Isya nak bayar dengan apa semua ni?” Serius suara Shah.

Aku menggeleng tanda tiada jawapan. Dia mendengus halus, berkalih dan mula mahu melangkah pergi.

“Lusa nikah.” Dua patah dia bersuara.

Aku tersentak, pantas angkat kepala.

Dia berhenti menapak, berpusing menghadapku.

“Sebelum abang jadi bertambah geram dengan Isya.”

Perkahwinan mereka menjadi rahsia atas kehendak Farisya. Bila namanya rahsia, banyaklah curiga yang menjelma. Sukarnya punya suami yang menjadi perhatian ramai gadis. Lebih sukar lagi bila ada dendam yang bergabung menjadi satu.

“Yang buat kes ni bertambah besar, bila ada video Shah dengan Liza kat satu hotel.”

Aku terdiam.

“Biasalah kalau lelaki dengan perempuan berduaan kat hotel. Buat benda tulah.”

Apa sebenarnya kaitan antara Shah dan Liza? Akan bertahankah ikatan perkahwinan mereka bila fitnah dan kerakusan manusia mula menunjukkan wajah?

CONTACT US