Sangka Ain sejarah tak mungkin berulang namun takdir lebih dulu mengatur sesuatu untuk dia.Sangkanya lelaki itu sudah hilang ditelan bumi.
Jodoh…datang bukan dipinta. Seolah-olah datang bukan pada masanya. Sekuat mana dia menolak tetap juga datang mendekat. Kerana desakan keluarga dia menerima pinangan pilihan ibunya. Andai itu yang mampu buat ibu tersenyum gembira, dia rela.
Yang tidak terduga lelaki itu adalah lelaki yang sama yang telah mencoret warna kelam dalam kanvas putih semasa remajanya. Lelaki yang disangka sudah hilang ditelan bumi rupanya sudah menjadi lelaki terpanting dalam ikatan yang dimeterai.
Kata Zarul
“Jangan cuba menolak yang awak memang sayangkan saya”.
Kata Ain
“Cinta itu pernah ada. Tapi dulu. Sekarang yang ada hati yang penuh dengan kebencian. Lansung tak ada ruang untuk rasa hati yang lain.”
Dalam mencuba untuk menolak kehadiran lelaki itu dia dihadapkan dengan realiti yang lebih pahit untuk dihadam. Benarkah Zarul juga mangsa seperti dia?
Mampu kah dia menerima kehadiran Zarul sebagai suami bila sejarah lama itu seolah –olah ingatan yang tak mampu dipadam dari kotak ingatannya.
Hati yang sudah diajar membenci.
Bisakah benci bertukar sayang.
Bisakah masa merawat luka dihati
Bisakah sayang merawat hati yang sudah mati.