IDEA KREATIF

SUAMI BERAT MULUT - LAYDEE AMARFI - NOVEL TERBITAN IDEA KREATIF

MYR24.00

Berkahwin dengan M. Nasir? 

Tengok nama yang tertulis, Amizatul Shima betul-betul terkejut. Ingatkan M.Nasir penyanyi tu datang merisik. 

Tapi rupanya Muhammad Nasir. Yang ni bukan penyanyi tapi mulutnya berat macam sauh kapal. 

Jenuh juga Zatul berusaha mengajak berbicara untuk saling kenal.Tapi Nasir ni bukan mulut saja berat. Jari pun macam kena ikat. Nak balas mesej saja seperti dipaksa pergi berperang!

Zatul : Awak buat apa? Saya bosanlah duduk rumah.

Nasir : Cuba baca buku. 

Zatul : Buku Apa? 

Nasir : Agar isteri disayangi suami.

Membaca mesej Nasir, Zatul rasa bagai mahu tercekik. Dah la balas mesej lambat! Bagi pula jawapan sentap! 

Bila sudah berkahwin, baru Zatul tahu rupanya Nasir ni berat mulut untuk hal-hal tertentu saja.

"Nak kurus macam abang tak?" Setiap bicaranya menjentik telingaku perlahan.

"Perempuan mana yang tak nak kurus.?" Sensitif pula aku bila timbul isu berat badan ni.

"Then ...." Bibir Abang Nasir mengukir senyum.

" ... kenalah exercise."

Dan lagi, berat mulut Nasir ni bersebab. Ada sejarah lama yang disembunyikan. 

Bila ditanya, memanjang tak ada apa-apa. Tapi, hati yang curiga memaksa Zatul bertindak. 

Bila sayang dah mula ada, nak tak nak Zatul kena juga cari cara selesaikan . 

‘Wahai Abang Nasir, hatimu sebenarnya di mana?

CONTACT US